LOGO PERNIAGAAN

LOGO PERNIAGAAN
LOGO PERNIAGAAN KAMI

Rabu, 19 Mac 2014

Mari Makan Snek Berkhasiat

Assalamualaikum....
Jom berkongsi ilmu.....

Snek sihat untuk kanak-kanak

KAJI Selidik Pemakanan Asia Tenggara mendapati satu dalam dua kanak-kanak Malaysia rendah Vitamin D dan tidak memenuhi keperluan tenaga harian mereka.

Kanak-kanak mungkin kelihatan sihat atau kelihatan terlebih makan tetapi mereka mungkin tidak mempunyai nutrien penting dalam badan untuk proses tumbesaran dan perkembangan sihat. Pemakanan snek yang tidak dirancang dan secara rawak boleh menyebabkan masalah berat badan. Pada masa sama, pemakanan snek tanpa henti boleh mengganggu selera makan kanak-kanak. Di samping itu, tabiat ini boleh mengganggu naluri semula jadi untuk rasa lapar dan kenyang.
Bagaimanapun, tabiat makan snek yang sihat dan mengikut masa yang betul boleh membantu kanak-kanak mendapatkan berat badan ideal.

Apakah komposisi nutrien yang sesuai dalam makanan snek untuk kanak-kanak?
Saiz hidangan: Saiz hidangan untuk makanan snek kanak-kanak adalah amat penting. Bukti menunjukkan bahawa sekiranya saiz hidangan yang diberikan kepada kanak-kanak adalah lebih besar, maka lebih banyak lagi mereka makan terutamanya jika makanan tersebut padat seperti kek dan gula-gula. Saiz hidangan dan pilihan kalori terkawal disyorkan bagi memastikan pilihan makanan snek adalah berkhasiat dan seimbang.
Indeks Glisemik Rendah (Rendah GI): Makanan indeks glisemik tinggi akan menghasilkan pengeluaran gula yang cepat ke dalam aliran darah dan menyebabkan gula dalam darah naik secara mendadak. Jenis-jenis makanan sebegini biasanya menyebabkan pertambahan berat badan dan rendah serat.
Oleh itu, kanak-kanak berasa cepat lapar, kemudian mereka makan secara berlebihan.
Sebaliknya, makanan yang Rendah GI pula menghasilkan pengeluaran gula secara perlahan-lahan dan gula dalam darah tidak naik secara mendadak. Jenis makanan ini biasanya kurang disimpan sebagai lemak dan ia mengekalkan tahap tenaga yang lebih stabil.

Makanan Rendah GI turut membantu mengurangkan rasa lapar dengan melambatkan kadar penyerapan yang seterusnya menurunkan tahap insulin. Oleh itu, lemak lebih mudah terbakar dan ia turut mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung. Contoh makanan Rendah GI termasuk buah oren, beras perang, mihun, sushi dan kentang rebus.

Kaya nutrisi: Pilihan snek yang serat tinggi dan kaya dengan protein lebih berupaya menyokong tahap glisemik rendah dan rasa kekenyangan. Kalsium juga penting untuk membantu berat badan ideal dan menyokong kesihatan tulang badan. Anda boleh mendapatkan makanan yang penuh khasiat dalam sumber makanan seperti putih telur, susu, brokoli dan tauhu.

Mengekalkan minat kanak-kanak: Pemakanan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk pengaruh rakan sebaya dan pengaruh sosial. Ini amat penting bagi memastikan bahawa setiap pilihan snek yang baik dan berkhasiat perlu menarik minat kanak-kanak.
Dari segi khasiat, snek tidak banyak berbeza daripada hidangan utama walaupun saiz hidangannya adalah lebih kecil dan boleh dibawa ke sana sini dengan mudah.

Snek harus dirancang dengan teliti, sama seperti hidangan utama. Contohnya, sekeping Tiger Biskuat Susu membekalkan satu hidangan susu yang kaya dengan kalsium.
Katakan seorang kanak-kanak kurang makan semasa makan tengahari, anda boleh menghidangkan makanan berkhasiat bersaiz mini dalam tempoh dua jam pertama. Ini akan membolehkan si ibu merancang menu snek dengan wajar sebelum waktu makan yang berikutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan